Sabtu, 21 Februari 2015

Amanah Allah

Assalamualaikum wbt....  Alhamdulillah allah swt telah beri peluang untuk aku sekali lagi meneruskan coretan di blog yang x seberapa ini.

Insyaallah hari ini aku akan cube berkongsi sedikit sebanyak mengenai jawatan yang telah diamanahkan kepada aku dan juga beberapa siri aktiviti yang telah kami jalani selama bergelar MPP

.
Alhamdulillah, aku telah diberi kepercayaan untuk memegang kerusi Exco Keusahawanan & Kerjaya MPP PMS 2015. Sememangnya ini adalah antara kerusi yang menjadi rebutan exco yang lain kata penasihat MPP berdasarkan borang selidik yang telah kami isi dan alhamdulillah aku telah dipilih untuk menerima amanah ini. 

Aku terima amanah ini dengan hati yang terbuka walaupun aku tahu jalan untuk menjalankan tugas ini terlalu mudah mungkin kerana aku sudah terbiasa dengan aktiviti keusahawanan PMS dan itu jugalah yang menjadi penyebab kenapa penasihat MPP memilih aku untuk kerusi ini katanya.
Aku juga memandang perkara ini dari sudut yang positif dan seperti biasa aku aku adalah jenis yang suka berfikiraan terlalu jauh.




Insyaallah aku akan cuba untuk menjalankan amanah ini sebaik mungkin walaupun aku risau kerana kata ulama "Jawatan itu akan menjadi satu fitnah jika kita salah gunakannya". Tetapi aku tetap harus menerima amanah ini kerana aku yakin Allah swt mempunyai sebab memilih aku untuk memegang jawatan ini.

Hari Pendaftaran Rakan Exco Keusahawanan & Kerjaya

Alhamdulillah dalam tempoh lebih kurang sebulan setengah menyertai saf MPP ini, terlalu banyak ilmu baru yang aku terima melalui beberapa siri aktiviti yang telah kami jalani bersama. 
Aktiviti pertama yang kami jalankan bersama adalah Kem Kepimpinan MPP PMS di Kingfisher Campsite, Hulu Langat Selangor (insyaallah aku akan citekan pengalaman aku sepanjang menjalani kem niey di catatan seterusnya, panjang sangat kalau nak bebel kat sini) hahaha...
.

Semestinya pelbagai ilmu baru yang aku timba di kem tersebut. Okay, aktiviti yang paling kerap kami lakukan adalah MESYUARAT. Mungkin semua sibuk merungut kerana mesyuarat terlalu kerap dijalankan, mesuarat niey bosan dan macam2 lagi bebelan lain yang aku dengar.
Tapi bagi aku, aku rasa mesyuarat ini banyak memberi kebaikan kepada aku dan juga rakan MPP yang lain dan juga banyak sangat ilmu yang boleh kami dapat dan manfaatkan.

Sekarang niey, aku rasa aku dah faham hampir 100% cara menjalankan mesyuarat formal megikut format yang betul. setiap kali mesyuarat dijalankan, pasti penasihat kami akan menegur jika berlaku sebarang kesalahan dalam mesyuarat yang kami jalankan dan mereka juga akan memberi penerangan yang pada aku amat berguna untuk kami praktikkan di dalam persatuan lain yang kami sertai dan juga untuk kegunaan apabila kami sudah bekerja kelak.

Meyuarat bersama unit ICT PMS
Rasanya setakat ini sajalah pekongsian aku pada hari ini, insyaalah aku akan sambung lagi cerita aku di catatan yang seterusnya.

TQ kerana sudi membaca =)

Jumaat, 20 Februari 2015

Be Yourself (Malu)

Salam rindu semua...!!!

habes berhabuk, bersawang teruk da blog aku niey... haha, 
nampak sangat kan lame sangat da x jengok blog niey.. 
harap masih ade ruang untuk aku terus berkongsi cerita disini..

Alhamdulillah, sementara ade kelapangan malam niey, aku nak berkongsi sedikit berita gembira dan insyaallah akan menjadi pencapaian terbeasar aku sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ehhh, rasanya aku masih belum menceritakan lagi perjalanan hidup sejak aku mula melangkah masok ke PMS sehingga lah kini aku telah bergelar senior (acah2) PMS. haha 
Kalau nak bercerita penuh, rasenye memg berjela-jela lha catatan aku harini. 
So, cara mudahnye adalah sila lha melawat shashafadi.blogspot.com

Blog "All About Us" ini sebenarnya adalah antara assesment yang diberikan oleh pensyarah aku semasa semester 2 untuk subjek Computer Application. So, aku lah admin blog tue (tapi x engad da password nk log in blog tue) haha. So dalam blog tue telah menceritakan perjalanan aku dan classmate semasa kami berada di semester 1 & 2.

Okay stop...!!!

Haha, berbalek pada tajuk asal ktew arini adalah tentang amanah besar yang telah diberikan kepada aku untuk semester 5 & 6 insyaalah. 

PilihanRaya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar PMS 2015 telah dijalankan pada hujung bulan Disember yang lalu dan telah menyaksikan pembentukan saf pimpinan yang baru dalam mewakili pelajar-pelajar PMS untuk tahun 2015 ini. Point yang aku nak cerita adalah aku merupakan satu daripada 24 mahasiswa yang berjaya merebut kerusi tertinggi & exco MPP PMS 2015.


Saf pimpinan "Majlis Perwakilan Pelajar PMS 2015"

Alhamdulillah, akhirnya aku telah berjaya memecahkan dinding yang selama ini menghalang aku untuk maju kehadapan. Dinding tersebut lah terus menerus membiarkan aku terus menjadi mahasiswa yang langsung tidak menyumbang kepada Politeknik, Dinding tersebut lah yang membuatkan aku membiarkan peluang untuk aku majukan diri lalu ditiup angin di hadapan mata aku sendiri. 
Dinding yang aku maksudkan adalah malu. 

Malu aku bukan lah malu untuk tonjolkan diri di khalayak ramai tetapi malu aku adalah kerana classmate aku yang lain bukan lah jenis yang suka menonjolkan diri. Bukannya maksud aku mereka adalah penyebab aku jadi macam tue tetapi aku tidak mahu dikatakan syok sendiri atau gila kuasa kerana dalam kelas, hanya aku yang beriya-iya nak tonjolkan diri di dalam poli dan aku adalah spesies manusia yang terlalu risaukan perasaan orang lain, takut untuk menjadi lain daripada orang lain. So, selama ini aku amek keputusan untuk terus menjadi biasa,



Setelah menjalani Latihan Industri selama 5 bulan Di Persada Johor International Convention Centre PJICC (aq akan cite pengalaman aq LI dalam next story ea), terlalu banyak ilmu baru yang aku dapat dan paling penting adalah motivasi diri semakin tinggi dan mencanak-canak untuk aku terus menonjolkan diri. Jadi, sebelum masuk ke semester 5 aq dah pasang niat untuk keluar dari kepompong Biasa aku dan aku akan buktikan aku mampu menyumbang sesuatu kepada PMS. Sementara tujuan menonjolkan diri aku, aku juga nak usaha sebaik mungkin untuk sama-sama bawa classmate aku yang lain untuk melangkah kehadapan dan aku nak naikkan nama Penasihat Akademik (PA) kesayangan kami iaitu cik Zubaydah yang selama niey terpaksa menanggung beban dan menahan malu dek kenakalan dan sikap student class aku yang sering menimbulkan masalah dalam kelas, jabatan dan juga hingga ke peringkat pentadbiran PMS. 

Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan dan hajat aku menjadi kenyataan apabila PA aq sendiri yang menghantar nama aku untuk mewakili Jabatan Perdagangan (JP) dalam PilihanRaya Kampus sem 5 niey. Pada mulanya, memg aku agak keberatan untuk terima permintaan cik zue untuk masok Pilihanraya niey tetapi setelah dipujuk dan diceramah oleh beliau, aq menjadi yakin dan bersemangat untuk mewakili jabatan dalam Pilihanraya kali ini. Seperti yang aku katakan, aku tidak akan biarkan classmate terus duduk di bawah, jadi aku telah berjaya memujuk 3 lagi classmate aq (Azizi, Fatimah, Aishah) untuk bersama-sama mewakili jabatan kami dalam pilihanraya kerana mereka juga memenuhi kriteria untuk menjadi seorang Calon.

Kita hanya mampu merancang dan Allah swt telah menuliskan segala takdir hidup kita. Keputusan pilihanraya tidak memihak kepada aku kerana aku hanya berjaya menduduki tangga ke 9 daripada 14 calon yang bertanding dan pihak pengurusan hanya perlu memilih 8 terbaik sahaja. Namun aku tetap bersyukur kerana 3 lagi classmate aku berjaya dipilih menjadi antara yang terbaik. Tipulah kalau aku kata, aku tak sedih atau hampa langsung masa tue tetapi aku percaya pada rezeki Allah.

Alhamdulillah peluang aku tidak berhenti disitu apabila aku ditawarkan untuk membuat permohonan semula jika aku benar-benar ingin menyertai MPP kerana ade calon yang berjaya telah menarik diri dan ada kekosongan kerusi yang memerlukan pengganti. Pada mulanya memang aku enggan untuk membuat permohonan mungkin kerana Ego atau malu jika rakan yang lain tahu aku membuat rayuan untuk menyertai MPP namun hasil dari desakan pensyarah dan kata-kata nasihat dari rakan-rakan aku yang lain, aku memberanikan diri untuk datang berjumpa dengan penasihat MPP untuk sesi temuduga dan alhamdulillah dari 3 calon yang membuat rayuan itu, aku berjaya dipilih untuk menyertai MPP PMS 2015 ini.

Aku percaya pada rezeki Allah, jika benar dia mengizinkan aku untuk menjadi seorang pemimpin, maka akan ada jalan yang dibuka untuk aku dan mungkin sahaja caranya lebih rumit dari yang biasa tetapi pasti ada hikmah disebalik ujiannya itu.

Pada hari Watikah Pelantikan MPP PMS 2015
Semasa Majlis Penutup Kem Kepimpinan
di Kingfisher Resort, Hulu Langat Selangor

Sememangnya banyak lagi kisah yang ingin aku kongsikan tetapi insyaallah akan aku sambung cerita mengenai jawatan yang diamanatkan pada aku sebagai Exco Keusahawanan & Kerjaya dan juga aktiviti-aktiviti lain yang telah aku jalani sepanjang menyertai MPP PMS 2015 ini pada catatan seterusnya.   Insyaallah.



Khamis, 27 Disember 2012

who am i ????

this is me!!! ^^

siapakah aku??? aq hanya lha seorg lelaki biase yg pelik??? x kowt! haha,k lha bia aq intro dulu k about profile aq...

       name diberi MOHAMAD SHAFIQ BIN MAHAT.nama timangan??? mcm2 name kot aq pena dengar owg panggel aq,haha rasenye x paya lha aq nk kene sebut satu2 name uh an....so,juz kol me SHAFIQ(formal cket an) hehe....aq dilahirkn tanggal 13 OKTOBER 1994 tepat pade jam 11.25 PAGI di HOSPITAL SULTANAH AMINAH,JOHOR BAHRU...cukop detail x??? haha,uda2 lha tu....aq dibesarkn dijohor(emg anak jati johor taw!) coz parents aq emg asal kat johor pown(dekat je kowt uma family dowg) so tade alasan lha kn nk brgado every raye tiap taon nk balek kg mane.....tpi kesian lha kat aq an coz tiap2 taon raye kat jb ni jewp(mane ade kg nk balek,lau da due2 family emg kumpol sini) haha,apepon aq tetap brsyukor sbb aq sntiase dpat dudok dlm family yg besa ni an...

     aq ade 3 org adek beradik n aq yg 2nd...akak aq skg umo dye 21 n da pon brkawen n mmpunyai seorg cahaye mate TAUFIQ(ni lha buah ati aq) haha,brpisah ngan dye sehari rase mcm seminggu...
ni lha dye buah ati aq tu <3
  n aq ade sowg adek pompuan yg still skola,2013 ni krew dye da naek darjah 5 lha(thats mean dlm family aq ni,aq sowg je lha kn anak lelaki) untong??? haha,untung lha sangad...tpi emg btol kot coz bnyak gak speciality yg aq dapat tpi jngan mcm2 k aq x pena salah gunekn keistimewaan yg aq dapat uh...

       rasenye da jaoh sangad aq prgi niey,bole kan??? x sala kowt!!! haha,k now ktew bukak story pasal my education lak...aq start menerime pndidikan awal pade taon 2000 iaitu mase aq umo 6taon(normal kowt) haha,time uh aq skul at TABIKA KEMAS cawangan kg.baru plentong tengah....after that,aq masok alam sekolah rendah selame 6taon lha kn....start taon 2001 cmpy 2006(cantek an turn time taon uh 2001=darjah 1,2002=darjah 2 cmpy lha 2006=darjah 6) krew special r dak2 yg laher taon 1994 ni an??? haha,time uh aq skul at SK TAMAN MOLEK...lepas uh 5taon aq pula diabeskn di SMK TAMAN MOLEK(sebela dye jewp) kat skul ni emg trlalu banyak kenangan dan ilmu yg aq dapat...biase lha kn time tu aq tenga meningkat remaja,so aq kian memahami ERTI sebena sebuah KEHIDUPAN....
inilah kawan2 aq mase form 5.
aq engad lg gamba ni diambil pade 6 disember 2011
iaitu pade ari kertas SPM klaz kteorg yg terakhir.

dan alhamdulillah aq dapat tamatkn pembelajaran aq kat sekolah tu dengan cemerlang sehingge melayakkan aq tok menerime 2 tawaran serentak iaitu dripade UITM dan POLITEKNIK(bende ni lha yg buat aq serabot nk K.O) haha,xpe2 bab ni ktew bukak story laen t......

       k skrg ktew masok bab hobi lak....aq suke buad ape??? ntah lha! haha,mcm2 bende aq suke buad tpi xpe lha aq try describe yg major punye(krew yg aq selalu buad lha)....firstly,aq suke sangad mmbace...bace ape??? haha,yup x sume buku pon aq suke bace apatah lg buku2 fiksyen n teori(trmasok buku sekolah lha terutamanya sejarah) haha....sejujurnya aq suke sangad bace novel....hah! novel! kenape? sala ke lelaki bace novel? haha,tade yg pelik pon kowt bg aq bace novel x semestinye org tu jiwang n x sume pmbace novel uh brfikiran KOLOT(itulah tanggapan sesetengah org trhadap penggile novel) kerana bg aq dengan mmbace novel uh dapat mengajar aq mengenali ERTI KEHIDUPAN dan telah mmbuke luas mate aq tok mengetahui serta mendalami hakikat sebuah kehidupan yg x pernah aq lihat depan mate aq....skrg baru lha aq paham dan brsetuju sangad2 dngan para cendekiawan yg pernah cakap 'setiap helaian buku yg kite bace,ibarat satu perjalanan dlm kehidupan ktew' dan korg mzti pena denga kn pepatah 'jaoh perjalanan,luas pemandangan' so,jadi lha seorg pencinta ilmu dan jangan segan2 tok menjadi seorang ULAT BUKU :) kedua,aq suke sangat melayari internet......

facebook??? twitter??? skype??? instagram??? haha,mcm2 lg kan laman sosial yg sdg brsaing dan mnjadi kegilaan remaja skrg dan aq lha salah seorg nye tpi aq xde lha kemarok sngat...bukti??? haha,aq hanye ade facebook sahaja....yg laen2 tu xde pon,haha....blog ni pon bwu nk brjinak2....knpe aq suke surf ternet??? erm,maybe sbb emg hobi aq kot tok mncri kenalan2 baru dan emg aq sume brkawan tpi masalahnye aq ni bkn lha jenis yg peramah n pndai melawak....so care aq,aq lbey suke brkawan secare brkumpulan coz blew kite beramai2,kesunyian xkan berjaye bertakhta disitu...haha,emg btol selalu sangad timbul isu kekerapan remaja melayari internet bole mmbawa bnyak kemudaratan dan kesan negatif tpi tu sume depends ngan niat ktew sndrik lha lgpon ktew sume da besa kan? so pandai2 lha kawal diri ye! haha.one more thing aq ni seorg PENCINTA MUZIK  dan pastinye aq seorg yg sangad suke mndengar muzik,x kire lha ape genre pon sume aq layan....my favourite genre is AKUSTIK...knpe akustik??? erm,maybe sbb aq ni jenis yg sukekn ketenangan n muzik2 soul yg santai....
inilah dye penyanyi favourite aq
YUNALIS ZARAI



       finally,aq nak masok bab cite2 aq lak...aq nk jadi ape erk??? businessman??? tol ke??? erm,emg tu pon lha impian aq.lau bole aq nk jadi seorang tokoh usahawan yg brjaye... x semestinye dlm bidang korporat an,lau bole aq nak ade cawangan2 restoran,butik dan kedai buku atas name aq sndrik...SHAFIQ SDN BHD ???? haha,x kowt! bab name tu nnti2 lha aq pikerkn....

     tamat suda intro aq,haha panjang an??? padehal xde apepon yg bez pasal aq niey...mcm yg aq ckap aq juz a simple person...pade aq our life ni bkn pasal diri kite jewp tapi tentang orang di sekeliling kite,jadi dont worry dalam blog aq ni pon bknnye totally pasal aq je pown,rasenye its about kawan2 aq gak.......so see you to the next story <3 :)

budak baru

assalamualaikum......



akhirnye trcipte gak blog aq ni kn...lame da nk buat tpi asek telupe jewp lpas tngok mmbe aq sowg ni an arok sangat asek update blog jewp twoz aq tekad gak nk buat an n now trhasil lha blog aq ni yg di beri nama jiwa kosong..... jiwa kosong?? kenape aq piley name tu erk?? haha,act aq xde idea lha nk letak name ape tpi aq pon xtaw gak ape tujuan sebenanya aq buat blog niey......nk luahkn perasaan??? emg x lha an sbb aq ni bkn lha jenis yg open cam uh n aq lbey suke pendam je kowt if ade prob....ape pown aq tetap gak nak hulurkan SALAM PERKENALAN tok sume blogger....hope ktew ley do something WOW at sini :')