Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah allah swt telah beri peluang untuk aku sekali lagi meneruskan coretan di blog yang x seberapa ini.
Insyaallah hari ini aku akan cube berkongsi sedikit sebanyak mengenai jawatan yang telah diamanahkan kepada aku dan juga beberapa siri aktiviti yang telah kami jalani selama bergelar MPP
.
Alhamdulillah, aku telah diberi kepercayaan untuk memegang kerusi Exco Keusahawanan & Kerjaya MPP PMS 2015. Sememangnya ini adalah antara kerusi yang menjadi rebutan exco yang lain kata penasihat MPP berdasarkan borang selidik yang telah kami isi dan alhamdulillah aku telah dipilih untuk menerima amanah ini.
Aku terima amanah ini dengan hati yang terbuka walaupun aku tahu jalan untuk menjalankan tugas ini terlalu mudah mungkin kerana aku sudah terbiasa dengan aktiviti keusahawanan PMS dan itu jugalah yang menjadi penyebab kenapa penasihat MPP memilih aku untuk kerusi ini katanya.
Aku juga memandang perkara ini dari sudut yang positif dan seperti biasa aku aku adalah jenis yang suka berfikiraan terlalu jauh.
Insyaallah aku akan cuba untuk menjalankan amanah ini sebaik mungkin walaupun aku risau kerana kata ulama "Jawatan itu akan menjadi satu fitnah jika kita salah gunakannya". Tetapi aku tetap harus menerima amanah ini kerana aku yakin Allah swt mempunyai sebab memilih aku untuk memegang jawatan ini.
![]() |
Hari Pendaftaran Rakan Exco Keusahawanan & Kerjaya |
Alhamdulillah dalam tempoh lebih kurang sebulan setengah menyertai saf MPP ini, terlalu banyak ilmu baru yang aku terima melalui beberapa siri aktiviti yang telah kami jalani bersama.
Aktiviti pertama yang kami jalankan bersama adalah Kem Kepimpinan MPP PMS di Kingfisher Campsite, Hulu Langat Selangor (insyaallah aku akan citekan pengalaman aku sepanjang menjalani kem niey di catatan seterusnya, panjang sangat kalau nak bebel kat sini) hahaha...
.
Semestinya pelbagai ilmu baru yang aku timba di kem tersebut. Okay, aktiviti yang paling kerap kami lakukan adalah MESYUARAT. Mungkin semua sibuk merungut kerana mesyuarat terlalu kerap dijalankan, mesuarat niey bosan dan macam2 lagi bebelan lain yang aku dengar.
Tapi bagi aku, aku rasa mesyuarat ini banyak memberi kebaikan kepada aku dan juga rakan MPP yang lain dan juga banyak sangat ilmu yang boleh kami dapat dan manfaatkan.
Sekarang niey, aku rasa aku dah faham hampir 100% cara menjalankan mesyuarat formal megikut format yang betul. setiap kali mesyuarat dijalankan, pasti penasihat kami akan menegur jika berlaku sebarang kesalahan dalam mesyuarat yang kami jalankan dan mereka juga akan memberi penerangan yang pada aku amat berguna untuk kami praktikkan di dalam persatuan lain yang kami sertai dan juga untuk kegunaan apabila kami sudah bekerja kelak.
Rasanya setakat ini sajalah pekongsian aku pada hari ini, insyaalah aku akan sambung lagi cerita aku di catatan yang seterusnya.
TQ kerana sudi membaca =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan