Sabtu, 21 Februari 2015

Amanah Allah

Assalamualaikum wbt....  Alhamdulillah allah swt telah beri peluang untuk aku sekali lagi meneruskan coretan di blog yang x seberapa ini.

Insyaallah hari ini aku akan cube berkongsi sedikit sebanyak mengenai jawatan yang telah diamanahkan kepada aku dan juga beberapa siri aktiviti yang telah kami jalani selama bergelar MPP

.
Alhamdulillah, aku telah diberi kepercayaan untuk memegang kerusi Exco Keusahawanan & Kerjaya MPP PMS 2015. Sememangnya ini adalah antara kerusi yang menjadi rebutan exco yang lain kata penasihat MPP berdasarkan borang selidik yang telah kami isi dan alhamdulillah aku telah dipilih untuk menerima amanah ini. 

Aku terima amanah ini dengan hati yang terbuka walaupun aku tahu jalan untuk menjalankan tugas ini terlalu mudah mungkin kerana aku sudah terbiasa dengan aktiviti keusahawanan PMS dan itu jugalah yang menjadi penyebab kenapa penasihat MPP memilih aku untuk kerusi ini katanya.
Aku juga memandang perkara ini dari sudut yang positif dan seperti biasa aku aku adalah jenis yang suka berfikiraan terlalu jauh.




Insyaallah aku akan cuba untuk menjalankan amanah ini sebaik mungkin walaupun aku risau kerana kata ulama "Jawatan itu akan menjadi satu fitnah jika kita salah gunakannya". Tetapi aku tetap harus menerima amanah ini kerana aku yakin Allah swt mempunyai sebab memilih aku untuk memegang jawatan ini.

Hari Pendaftaran Rakan Exco Keusahawanan & Kerjaya

Alhamdulillah dalam tempoh lebih kurang sebulan setengah menyertai saf MPP ini, terlalu banyak ilmu baru yang aku terima melalui beberapa siri aktiviti yang telah kami jalani bersama. 
Aktiviti pertama yang kami jalankan bersama adalah Kem Kepimpinan MPP PMS di Kingfisher Campsite, Hulu Langat Selangor (insyaallah aku akan citekan pengalaman aku sepanjang menjalani kem niey di catatan seterusnya, panjang sangat kalau nak bebel kat sini) hahaha...
.

Semestinya pelbagai ilmu baru yang aku timba di kem tersebut. Okay, aktiviti yang paling kerap kami lakukan adalah MESYUARAT. Mungkin semua sibuk merungut kerana mesyuarat terlalu kerap dijalankan, mesuarat niey bosan dan macam2 lagi bebelan lain yang aku dengar.
Tapi bagi aku, aku rasa mesyuarat ini banyak memberi kebaikan kepada aku dan juga rakan MPP yang lain dan juga banyak sangat ilmu yang boleh kami dapat dan manfaatkan.

Sekarang niey, aku rasa aku dah faham hampir 100% cara menjalankan mesyuarat formal megikut format yang betul. setiap kali mesyuarat dijalankan, pasti penasihat kami akan menegur jika berlaku sebarang kesalahan dalam mesyuarat yang kami jalankan dan mereka juga akan memberi penerangan yang pada aku amat berguna untuk kami praktikkan di dalam persatuan lain yang kami sertai dan juga untuk kegunaan apabila kami sudah bekerja kelak.

Meyuarat bersama unit ICT PMS
Rasanya setakat ini sajalah pekongsian aku pada hari ini, insyaalah aku akan sambung lagi cerita aku di catatan yang seterusnya.

TQ kerana sudi membaca =)

Jumaat, 20 Februari 2015

Be Yourself (Malu)

Salam rindu semua...!!!

habes berhabuk, bersawang teruk da blog aku niey... haha, 
nampak sangat kan lame sangat da x jengok blog niey.. 
harap masih ade ruang untuk aku terus berkongsi cerita disini..

Alhamdulillah, sementara ade kelapangan malam niey, aku nak berkongsi sedikit berita gembira dan insyaallah akan menjadi pencapaian terbeasar aku sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ehhh, rasanya aku masih belum menceritakan lagi perjalanan hidup sejak aku mula melangkah masok ke PMS sehingga lah kini aku telah bergelar senior (acah2) PMS. haha 
Kalau nak bercerita penuh, rasenye memg berjela-jela lha catatan aku harini. 
So, cara mudahnye adalah sila lha melawat shashafadi.blogspot.com

Blog "All About Us" ini sebenarnya adalah antara assesment yang diberikan oleh pensyarah aku semasa semester 2 untuk subjek Computer Application. So, aku lah admin blog tue (tapi x engad da password nk log in blog tue) haha. So dalam blog tue telah menceritakan perjalanan aku dan classmate semasa kami berada di semester 1 & 2.

Okay stop...!!!

Haha, berbalek pada tajuk asal ktew arini adalah tentang amanah besar yang telah diberikan kepada aku untuk semester 5 & 6 insyaalah. 

PilihanRaya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar PMS 2015 telah dijalankan pada hujung bulan Disember yang lalu dan telah menyaksikan pembentukan saf pimpinan yang baru dalam mewakili pelajar-pelajar PMS untuk tahun 2015 ini. Point yang aku nak cerita adalah aku merupakan satu daripada 24 mahasiswa yang berjaya merebut kerusi tertinggi & exco MPP PMS 2015.


Saf pimpinan "Majlis Perwakilan Pelajar PMS 2015"

Alhamdulillah, akhirnya aku telah berjaya memecahkan dinding yang selama ini menghalang aku untuk maju kehadapan. Dinding tersebut lah terus menerus membiarkan aku terus menjadi mahasiswa yang langsung tidak menyumbang kepada Politeknik, Dinding tersebut lah yang membuatkan aku membiarkan peluang untuk aku majukan diri lalu ditiup angin di hadapan mata aku sendiri. 
Dinding yang aku maksudkan adalah malu. 

Malu aku bukan lah malu untuk tonjolkan diri di khalayak ramai tetapi malu aku adalah kerana classmate aku yang lain bukan lah jenis yang suka menonjolkan diri. Bukannya maksud aku mereka adalah penyebab aku jadi macam tue tetapi aku tidak mahu dikatakan syok sendiri atau gila kuasa kerana dalam kelas, hanya aku yang beriya-iya nak tonjolkan diri di dalam poli dan aku adalah spesies manusia yang terlalu risaukan perasaan orang lain, takut untuk menjadi lain daripada orang lain. So, selama ini aku amek keputusan untuk terus menjadi biasa,



Setelah menjalani Latihan Industri selama 5 bulan Di Persada Johor International Convention Centre PJICC (aq akan cite pengalaman aq LI dalam next story ea), terlalu banyak ilmu baru yang aku dapat dan paling penting adalah motivasi diri semakin tinggi dan mencanak-canak untuk aku terus menonjolkan diri. Jadi, sebelum masuk ke semester 5 aq dah pasang niat untuk keluar dari kepompong Biasa aku dan aku akan buktikan aku mampu menyumbang sesuatu kepada PMS. Sementara tujuan menonjolkan diri aku, aku juga nak usaha sebaik mungkin untuk sama-sama bawa classmate aku yang lain untuk melangkah kehadapan dan aku nak naikkan nama Penasihat Akademik (PA) kesayangan kami iaitu cik Zubaydah yang selama niey terpaksa menanggung beban dan menahan malu dek kenakalan dan sikap student class aku yang sering menimbulkan masalah dalam kelas, jabatan dan juga hingga ke peringkat pentadbiran PMS. 

Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan dan hajat aku menjadi kenyataan apabila PA aq sendiri yang menghantar nama aku untuk mewakili Jabatan Perdagangan (JP) dalam PilihanRaya Kampus sem 5 niey. Pada mulanya, memg aku agak keberatan untuk terima permintaan cik zue untuk masok Pilihanraya niey tetapi setelah dipujuk dan diceramah oleh beliau, aq menjadi yakin dan bersemangat untuk mewakili jabatan dalam Pilihanraya kali ini. Seperti yang aku katakan, aku tidak akan biarkan classmate terus duduk di bawah, jadi aku telah berjaya memujuk 3 lagi classmate aq (Azizi, Fatimah, Aishah) untuk bersama-sama mewakili jabatan kami dalam pilihanraya kerana mereka juga memenuhi kriteria untuk menjadi seorang Calon.

Kita hanya mampu merancang dan Allah swt telah menuliskan segala takdir hidup kita. Keputusan pilihanraya tidak memihak kepada aku kerana aku hanya berjaya menduduki tangga ke 9 daripada 14 calon yang bertanding dan pihak pengurusan hanya perlu memilih 8 terbaik sahaja. Namun aku tetap bersyukur kerana 3 lagi classmate aku berjaya dipilih menjadi antara yang terbaik. Tipulah kalau aku kata, aku tak sedih atau hampa langsung masa tue tetapi aku percaya pada rezeki Allah.

Alhamdulillah peluang aku tidak berhenti disitu apabila aku ditawarkan untuk membuat permohonan semula jika aku benar-benar ingin menyertai MPP kerana ade calon yang berjaya telah menarik diri dan ada kekosongan kerusi yang memerlukan pengganti. Pada mulanya memang aku enggan untuk membuat permohonan mungkin kerana Ego atau malu jika rakan yang lain tahu aku membuat rayuan untuk menyertai MPP namun hasil dari desakan pensyarah dan kata-kata nasihat dari rakan-rakan aku yang lain, aku memberanikan diri untuk datang berjumpa dengan penasihat MPP untuk sesi temuduga dan alhamdulillah dari 3 calon yang membuat rayuan itu, aku berjaya dipilih untuk menyertai MPP PMS 2015 ini.

Aku percaya pada rezeki Allah, jika benar dia mengizinkan aku untuk menjadi seorang pemimpin, maka akan ada jalan yang dibuka untuk aku dan mungkin sahaja caranya lebih rumit dari yang biasa tetapi pasti ada hikmah disebalik ujiannya itu.

Pada hari Watikah Pelantikan MPP PMS 2015
Semasa Majlis Penutup Kem Kepimpinan
di Kingfisher Resort, Hulu Langat Selangor

Sememangnya banyak lagi kisah yang ingin aku kongsikan tetapi insyaallah akan aku sambung cerita mengenai jawatan yang diamanatkan pada aku sebagai Exco Keusahawanan & Kerjaya dan juga aktiviti-aktiviti lain yang telah aku jalani sepanjang menyertai MPP PMS 2015 ini pada catatan seterusnya.   Insyaallah.